Tuesday 20 March 2012

syukran jazilan! =)

Ezzah Farhanah bt Muhammad Ghani,
Mahallah ZC,
International Islamic University Malaysia,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
___________________________________________________
Bakal Suami Ezzah Farhanah bt Muhammad Ghani,
Universiti di Malaysia,
Muka Bumi,
Alam Semesta Raya Ciptaan Allah s.w.t.


20 Mac 2012


Awak,


UCAPAN TERIMA KASIH


Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bakal isteri awak ingin mengucapkan jutaan^2 terima kasih kepada pihak awak yang telah bersusah payah mengepos sebuah BUKU yang berjudul 'AKU TERIMA NIKAHNYA'. Saya telah menerima buku tersebut pada tarikh 11 Mac 2012. Walaupun agak terlewat sedikit daripada tarikh sampai yang dijangkakan, akan tetapi buku tersebut berada dalam keadaan selamat dengan bersampulkan pembalut hadiah yang berwarna PINK.


2.     Untuk makluman awak, saya ini bukanlah seorang yang dikatakan 'ulat buku' yang senantiasa berdamping dengan buku. Saya memohon beribu-ribu kemaafaan kepada awak kerana setakat ini, saya hanya mampu membaca beberapa ayat petikan daripada buku tersebut. Seperti yang awak sedia maklum, saya tidak suka membaca buku. Sedangkan NOVEL setebal 30 muka surat yang pernah saya baca sebelum ini telah mengambil masa selama SEMINGGU untuk saya menghabiskannya. Jadi, tidak hairanlah jika saya perlu mengambil masa sebanyak dua atau tiga tahun lagi untuk saya menamatkan bacaan saya pada kali ini.


3.     Berpadananlah dengan tempoh yang awak telah berikan kepada saya. Dalam kiriman 'SMS' awak sebelum ini, awak ada menyatakan bahawa pihak awak akan mengambil kembali buku tersebut selepas 3 atau 4 tahun akan datang. Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin mengucapkan billion terima kasih kerana memahami isi hati dan perasaan saya atas pemberian tempoh pembacaan yang agak panjang. Insyaallah jika ada kelapangan masa, saya akan cuba membaca dan menghayati setiap petikan ayat yang terdapat dalam 'aku terima nikahnya' itu disamping membuat persediaan untuk kehidupan masa depan kita nanti.


4     Dengan ini, saya sekali lagi memohon maaf kepada pihak awak jika terdapat kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak saya sebelum ini. Semoga hubungan kita yang masih TIDAK HALAL ini mendapat restu dan redha daripadaNya serta dipertemukan jodoh supaya status itu menjadi HALAL hingga ke syurga.
Diharap pihak awak dapat bersabar dan terus menerus berdoa kepada Maha Pencipta kita. Jasa baik, perhatian dan kasih sayang daripada pihak awak amat lah dihargai dengan harapan tidak akan pudar selagi hayat dikandung badan. Saya akhiri dengan kalimah suci BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, waallahua'lam.


Sekian,terima kasih.


        ezzah
...........................
(EZZAH FARHANAH BT MUHAMMAD GHANI)







No comments:

Post a Comment