okeyh.. mula-mula nak cerita pasal bulan ramadhan nie.. masuk tahun nie.. dah dua tahun saya sambut ramadhan kat CFS IIUM nie.. alhamdulillah tahun ini tak seperti yang di jangkakan.. 50x lebih indah daripada tahun lepas.. leee yaa.. mana tak nye.. tahun lepas sahur pon boleh kira berapa kali jew.. tapi tahun nie BEST sangat! .. dengan ada nya kawan-2 baru & lama.. kami bersahur sama-sama.. berbuka sama-2.. yang paling SYOK nya.. tak perlu keluar duit banyak.. sebab setiap hari berbuka kat MASJID.. lauk masjid bukan nye calang-calang lauk taw..sedaaap~,, so dah jimat dah kat situ.. thanks makcik masjid..! =) owh,, lupa pulak pasal "pakcik" masjid tuu.. the man with the BLACK SHIRT everyday.. haha.. abang nie tak tahu lah sape.. rasanya dia nie sukarelawan kot.. nampak jew rock & macam kaki rempit tapi setiap hari dia akan ada kat masjid dan agih-2 kan nasi untuk kami.. kadang-2 kalau ada nasi lebih.. mesti dia akan bagi.. masuk nie saya dah dapat TIGA kali nasi lebih untuk buat SAHUR.. huhu.. konyang!~ =p.. dia paling pantang kalau ada orang panggil dia pakcik..
student : terima kasih pakcik!
"pakcik" : PAKCIK kau panggil aku?? *ade ke pakcik dia panggil aku.. (omel abang tu sambil tersenyum)
lepas berbuka,, terus siap-2 solat isyak & terawih.. mula-2 je semangat solat 20 rakaat. lepas dua tiga hari.. dah start busy ade meeting laa.. apa laa.. sampai pernah ada meeting sederet seminggu lepas terawih.. aduush! nie laa masalah meeting.. ! =( tuulaa.. nak sangat pegang jawatan.. sokey! satu AMANAH itu datang bersama TANGGUNGJAWAB.. kan? pegang laa amanah tuu untuk dapat reda allah..
28/7/2012 ( SATURDAY )
~sesi berbubur lambuk~
yeah! tyme nie laa best sekali.. dapat rasa sendiri pengalaman mengacau, menguli & melihat cara2 memasak BUBUR LAMBUK.. tapi madam yang tukang campak2 ramuan nya.. kami just pandang, lihat, tengok & kacau jew pandai.. =) tapi dapat laa tangkap sikit2 resipi nya.. huhu,, lepas nie boleh lah masak kat rumah pulak.. haha~
thanks tak terhingga kat rakan-2 MRC & MADAM & USTAZ sekalian.. anda memang syok lah.. kerjasama anda amat2 memberansangkan !! wuhuu~ ramai yang puji bubur lambuk tahun nie sedap! haha.. *kembang hidunggggg!!
terima kasih atas pujian.. walaupun bukan resipi kami.. tapi kami turut rasa berbangga..huhuuu~
thanks gak kat pakcik2 MRC dari UMAFZ & ABC yang sudi bantu kami.. nak2 tyme MENYENTAL PERIUK HITAM tuu.. huhu.. kudrat anda lebih kuat berbanding kami kaum yang lemah nie.. =)
* tengok gambar sikit~ =)
eceeyy.. posing jew lebih.. =p |
kacau kacau!! |
dayung bubur! =p |
peace! |
terdesak sangat sampai kena kacau dalam besen.. huu~ |
sesi membungkus! |
tarraaa!! siap dah semua.. 700++ |
resipi digantung di dinding =) |
ustaz : pakar penghidup api ! =D |
*SEKADAR RENUNGAN BERSAMA =)
Pada suatu hari, Nabi Muhammad dan
sahabat-sahabatnya berhenti berehat di padang pasir bagi menghilangkan penat
selepas berjalan jauh. Mereka mendirikan khemah di situ. Kebetulan mereka ada
membawa seekor kambing hidup sebagai bekal makanan.
“Biarlah saya sembelih kambing
itu” kata seorang sahabat Nabi Muhammad.
“Dan biar saya melapahnya” kata
yang lain.
“Biar saya pula yang memasaknya”
kata yang lain pula.
“Dan saya pula, biar saya yang
mencari kayu api” sambut Nabi Muhammad.
Sahabat-sahabat terkejut mendengar
kata-kata Nabi Muhammad itu. Mereka semua tidak mahu membiarkan Nabi Muhammad
bersusah payah membuat kerja.
“Tidak usahlah, tuan. Biarlah kami
sahaja yang menguruskan semuanya. Tuan berehat sahaja” saran mereka kepada Nabi
Muhammad.
Nabi Muhammad tetap dengan
pendiriannya. Beliau mahu ikut bekerja.
“Saya takkan berpeluk tubuh
sedangkan saudara semua bekerja. Tuhan membenci sesiapa yang mengistimewakan
dirinya daripada yang lain” jawab Nabi Muhammad dengan tegas.
wah~~~ teringat zaman dolu2 masak bubur lambuk kat zc..
ReplyDelete