Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan
semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku
orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena
Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin
muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu
disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang
jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah
yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini
sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud
apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil
ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk
betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah
ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan
pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah
secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana
Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan
izin Allah.
Seonok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang
telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan
pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling
meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya
Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai
seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan
perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda
saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah'
ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik
dan halal.
Indah kan?
Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling
indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)
No comments:
Post a Comment