'i've leave him for the sake of Allah' Sesungguhnya Allah
tidak pernah mensia-siakan perngorbananmu, Bilamana kita tinggalkan semua ini
kerana Allah semata, Yakinlah! Akan ada sesuatu yang indah untukmu di
pengakhiran nanti.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang
jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah
apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui
(pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)
Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat
persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu
pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan
tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara.
Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la
lagi bersemangat mahu belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan
berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab
mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan
berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun,tengok
ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja
mereka? Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada
isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai
yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini
jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang
asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah
yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada
berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi
tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak,
dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba
kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang
berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang
mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi
tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai
penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.
Firman Allah:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan
walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos
seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad
nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat
datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat
sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa
jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang
sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar
adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama
Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan
selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu
memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar
dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R.
Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar
semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada
fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia
muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi
benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai.
Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita
melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah
maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal,
tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang
haram? Tanya diri, jagalah iman.
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu
seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan
akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi
fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R.
Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya
dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah
saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di
lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri
sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya.Sentiasalah perbaiki
diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang
belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi
tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang
paling bersedia sebenarnya.
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor
penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik
kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin
awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka
masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih
terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau
akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan
terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan
yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu
jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut
sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa
banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin
ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah
anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa
mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci
dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R.
Bukhari dan Muslim)
: Wilayah Islamiah
>>>semoga Allah S.W.T, memudahkan urusan kita,
menuju ke jalanNya..insya-Allah.. ameenn .. ^__^ hanya 'kamu'..okey... saya nak
kahwin + bernikah...mengikut sunnah Rasulullah..insya-Allah...
"JIHAD terbesar bagi seorang wanita adalah menjadi
isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Itulah sebab mengapa wanita itu perlu
merindukan sebuah 'pernikahan', kerana dengan pernikahan, dia sudah
menyempurnakan separuh agamanya. Dan seorang suami adalah kehormatan baginya,
jalan untuk meraih JannahNya.."
Ehem ehem, dah ada calon ke? ^^
ReplyDeletehuhu,, ehem-2.. ;)
ReplyDelete